Berada dalam rumah hijau yang menanam pelbagai jenis sayuran khususnya salad milik syarikat Veggie Nature dan dibenarkan memetik daun salad untuk dimakan segar tanpa sebarang kebimbangan tentang racun serangga, menjadikan ia perkara yang dinantikan oleh penggemar sayur-sayuran.
Lebih menarik, penulis berpeluang menuai beberapa pokok salad yang sudah matang tempohnya untuk dipek bagi proses jualan ke pasaran bersama kakitangan syarikat subsidari Berjaya Hills Resort Berhad di Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang dalam satu program lawatan media ke lokasi popular tersebut baru-baru ini.
Menurut Ketua Jabatan Hortikultur dan Projek Hartanah Berjaya Hills Resort Berhad (Berjaya Hills), Ku Ahmad Fasbir Ku Talib, projek pertanian yang terletak di kawasan strategik dengan suhu yang sejuk di situ telah membolehkan hasil keluarannya kini boleh dimanfaatkan oleh beberapa restoran di bawah Kumpulan Berjaya dan di pasaran, malah terdapat juga orang kenamaan menempah khusus sayuran segar organik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: