PETALING JAYA – Velum Labs Sdn. Bhd. (Velum Labs), sebuah firma keselamatan dan risikan siber berpangkalan di Malaysia, bakal menjadi penaja utama iHACK 2022, satu pertandingan penggodaman siber perdana yang diterajui Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Melalui pertandingan tersebut, Velum Labs akan menaja hadiah wang tunai dan hadiah menarik kepada pemenang iHACK 2022 serta membina pavilion tercanggih sebagai platform untuk pasukan peserta bertanding.
Dalam masa yang sama, pertandingan tersebut bakal menjadi platform utama syarikat untuk mendidik dan meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kesedaran keselamatan siber.
Ketua Operasi Siber Velum Labs, Mohd. Azli Sastero berkata, menaja iHACK 2022 menjadi salah satu inisiatif syarikat untuk memupuk dan mengembangkan bakat tempatan.

“Komitmen ini juga akan berjalan seiring dengan aspirasi MyDigital negara yang mana keselamatan siber akan memainkan peranan penting untuk bergerak ke hadapan,” katanya dalam kenyataan yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: