PETALING JAYA – Petugas vendor Lembaga Zakat Selangor (LZS) perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memastikan operasi dapat dijalankan dalam suasana bebas wabak.
LZS menerusi notis arahan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan baru-baru ini berkata, vendor yang dibenarkan hadir ke premis LZS ialah pengawal keselamatan bertugas dan petugas perkhidmatan pembersihan.
“Setiap pekerja yang perlu bertugas di mana-mana premis LZS hendaklah disahkan sepenuhnya bebas Covid-19 dengan melaksanakan ujian saringan pengesanan Covid-19 yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Kesihatan (MDA).
“Ujian saringan tersebut perlu dilaksanakan sebulan sekali dan kos ujian adalah tanggungjawab pihak vendor,” katanya.
Menurut LZS, bagi pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan di premis LZS yang perlu beroperasi, hanya mereka yang melepasi tempoh 14 hari selepas suntikan vaksin Covid-19 dos kedua sahaja dibenarkan bertugas. – K!…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: