Menerusi video yang tular di aplikasi X, aksi Dayang yang memegang watak sebagai Shasha menyebabkan ramai penonton tidak sabar menantikan tayangan episod akhir drama itu bermula hari ini dan esok.
Dalam video itu juga, jelas kelihatan Dayang menghayati wataknya apabila sanggup melakonkan babak nasi kangkang dengan penuh kebencian dan dendam.
Dayang berkata, babak yang dilakonkan itu adalah kali pertama dijayakannya dan mengaku risau pandangan orang luar terhadapnya.
“Mula-mula agak susah sebab saya tak tahu mcm mana nak buat babak itu tapi selepas dibantu oleh pengarah dan barisan pelakon saya cuba buat dengan sehabis baik.
“Jujurnya memang agak malu, tapi Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Terus terang saya tak takut nak buat babak ini kerana ia hanya lakonan.
“Cuma saya risau pandangan masyarakat apabila melihat saya melakukan babak itu. Tambah pula sekarang ini ramai yang suka mengecam,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: