Menerusi posting di TikTok miliknya, beliau berkongsi salah satu kemudahan menarik yang disediakan di Perkampungan Olimpik adalah atlet boleh mendapatkan servis dobi secara percuma.
Difahamkan, atlet boleh membawa pakaian kotor mereka ke salah satu daripada 12 bilik dobi yang disediakan oleh penganjur setiap hari antara 7 pagi hingga 10 malam secara percuma.
Menurut beliau, jika atlet menghantar baju mereka sebelum pukul 10 pagi mereka akan mendapat baju dalam hari yang sama. Video itu meraih perhatian ramai yang mahu menjadi atlet.
Malah, bukan itu sahaja, beliau juga ada berkongsi beberapa perkara dan kemudahan lain di situ seperti minuman tanpa limit percuma, sekuriti yang ketat, bilik kesihatan dan sebagainya.
Untuk rekod, pasukan berbasikal trek negara diketuai Datuk Azizulhasni Awang yang mula memburu pingat Sukan Olimpik Paris 2024 di Saint-Quentin-en-Yvelines hari ini, perlu memberikan perhatian serius terhadap permainan taktikal pelumba pasukan lawan.
Pemenang pingat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: