Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak lelaki sedang melakukan kerja sekolahnya sambil merakam dirinya.
Dia kemudian mula melihat telefon tersebut dan menyedari telefon itu secara tiba-tiba bergerak sendiri tanpa disentuh. Dengan muka yang ketakutan, dia meletakkan kembali telefon itu ke tempat asal.
Namun, telefon itu tetap bergerak dengan sendirinya. Disebabkan itu dia memanggil ibunya untuk memberitahu situasi itu dalam nada yang ketakutan.
Apa yang lebih melucukan adalah sebaik saja dilihat oleh si ibu rupa-rupanya dia meletakkan telefon tersebut di atas permukaan yang licin menyebabkan ia bergerak sendiri. Situasi itu membuatkan si ibu tergelak melihat gelagat anaknya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: