
Baru-baru ini tular di TikTok kisah dua beradik yang kehilangan sebelah kaki akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2024, namun tetap cekal mencari rezeki dengan berniaga demi membantu keluarga.
Semangat bantu keluarga
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Boss Baiduri, dia berkongsi momen mengunjungi sebuah gerai menjual cendol di Temerloh.
Dia meluahkan rasa sebak dan kagum melihat semangat dua beradik tersebut yang tetap gigih berniaga walaupun diuji dengan kekurangan dari segi fizikal.
Kedua-dua beradik itu yang dikenali sebagai Nik Haziera Saffiya dan Nik Haznita Saffiya menceritakan bahawa mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2024 sehingga masing-masing kehilangan sebelah kaki.
Kita orang awalnya kena langgar dengan kereta, lepas tu ada lori dari arah bertentangan. Lori tak sempat elak, jadi dua-dua kena.
Walaupun menghadapi kesukaran bergerak, mereka tetap memilih untuk terus kuat dan tidak berputus asa dengan kehidupan….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: