Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

[VIDEO] Dengan Sekali Lafaz, Hafiz Suip Kembali Bergelar Suami

today13 February 2026

Background
[VIDEO] Dengan Sekali Lafaz, Hafiz Suip Kembali Bergelar Suami


Penyanyi Hafiz Suip, kini kembali bergelar suami apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati, Fiona Saffiyya.

Tahniah!

Khabar gembira tersebut didedahkan sendiri oleh pemilik nama sebenar Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 36, menerusi sesi siaran langsung di Facebook miliknya pada petang Jumaat.

Majlis pernikahan pasangan ini telah diadakan di sebuah dewan yang terletak di Petrajaya, Kuching, Sarawak.

Hafiz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM120 kepada Fiona sebagai simbolik penyatuan cinta mereka.

Untuk rekod, Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan Nureffy Jasreel pada 2016 dan sah bercerai pada Mei tahun lalu. 

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 9 dan Muhammad Alkaf Zayne, 6.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post