Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi kisah lucunya selepas dia membeli makanan secara online. Dia memesan nasi putih dan sup daging.
Semasa membuat pesanan, dia telah menulis request untuk meminta tukang masak untuk meletakkan halia di dalam sup tersebut kerana dia berasa tidak sedap perut akibat kembung.
Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah setelah makanannya sampai, dia mendapati kedai tersebut memberikan seketul halia di dalam plastik bersama dengan pesanan makanannya itu.
Bukan itu saja, kedai tersebut siap menulis “hahahaha” di belakang resit pesanannya itu. Perkara itu membuatkan dia tergelak melihatnya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: