Pemilik homestay di Pendang, Kedah, terkejut apabila telur yang ditinggalkan oleh pelanggan sebelumnya menetas jadi anak itik. Difahamkan telur itik tersebut digunakan untuk umpan memancing.
Menurut pemilik homestay, Zakaria Nazir, dia berkata itu merupakan pengalaman kali pertama sepanjang dia mengendalikan inap desa berkenaan.
Baca juga: Nak Pamer Di Kedai Sendiri, Jururawat Potong Kaki Pesakit
TERTINGGAL SEPAPAN TELUR DI HOMESTAY, LEPAS SEMINGGU JADI ANAK ITIK

Jelasnya, pada hujung bulan 10 ada pelanggan menginap di rumah tersebut dan tertinggal sepapan telur itik kampung. Pemilik telur berkenaan meminta Zakaria untuk menyimpan kerana akan kembali beberapa hari lagi.
Lain pula jadi apabila ada bau pelik ketika tuan rumah datang membuka dan melihat kebanyakan telur tersebut telahpun menetas menjadi anak itik.
@zakaria_nazir Benda paling rare yang penah jadi sepanjang mengendalikan homestay😂 Ada kisah yang panjang di sebalik video yang pendek #homestay #pendang
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
