Menerusi video yang dimuat naik oleh @hairihussain, kelihatan dia sedang menemani isterinya di dalam wad bersalin di sebuah hospital.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila lelaki itu buntu bagaimana untuk mengurangkan sakit si isteri dan cuba untuk membuatnya ketawa.
Dia dengan spontan memberikan satu teka-teki kepada isterinya. “Dalam banyak-banyak nasi, nasi apa yang boleh bergerak?” soalnya. Perkara itu membuatkan si isteri menyuruhnya diam kerana tidak mampu untuk melayan teka-teki tersebut.
Setelah beberapa saat menunggu, akhirnya lelaki itu menjawab dengan sendiri “nasi goreng pattaya sebab dia ada empat tayar” lalu tergelak kecil.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: