Penyanyi versatil, Kael, kembali menyapa peminat dengan sebuah karya yang penuh emosi berjudul ‘Angkasa’, single keempatnya di bawah label Alternate Records.
‘Lagu ini sangat peribadi’

Lagu ini merupakan sebuah balada pop moden yang membawa naratif cinta yang kompleks tetapi penuh harapan, digarap bersama dua nama besar industri iaitu Omar K dan Iqie Hugh.
Berbeza daripada balada cinta klise, ‘Angkasa’ membicarakan tentang cinta dua jiwa yang saling menyayangi namun dipisahkan oleh realiti, ibarat matahari dan bulan yang tidak pernah bertemu.
Lagu ini menyentuh tema kesetiaan, kepercayaan dan harapan, diilhamkan daripada konsep ‘dua dunia’ yang berkongsi langit yang sama.
Komposer, Omar K menyifatkan ‘Angkasa’ sebuah lagu yang menyampaikan mesej tentang ketulusan dalam percintaan.
Mesej utama lagu ini adalah tentang kepercayaan terhadap cinta yang tulus walaupun berada dalam situasi yang tidak ideal. Jika cinta itu ikhlas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: