Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

[VIDEO] Lelaki Cina Kini Ditahan, Selamba Maki Hamun Polis Trafik Lepas Kena Saman

today4 October 2024

Background


Difahamkan, lelaki terbabit bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati akibat dikenakan tindakan saman dalam kejadian di Lebuhraya Thean Teik, Air Itam, Pulau Pinang.

Menurut laporan Berita Harian, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Lee Swee Sake berkata, lelaki berumur 25 tahun itu ditahan di Taman Terubong Jaya, Air Itam kira-kira jam 10.30 malam bagi membantu siasatan kes terbabit.

“Hari ini telah tular satu video menerusi aplikasi WhatsApp memaparkan seorang penunggang motosikal memarahi anggota polis trafik dengan kata-kata kesat kerana tidak berpuas hati akibat dikenakan saman selepas lelaki itu melanggar lampu isyarat merah.

“Kejadian itu berlaku pada 6.45 petang semalam di Lebuhraya Thean Teik dan pihak polis mengesahkan turut menerima satu laporan polis daripada anggota trafik berkenaan semalam,” katanya.

Menurut beliau, lelaki itu kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post