Menerusi video dari @adulenn, kelihatan ketika itu sedang berlangsungnya kelas yang diadakan secara dalam talian saja.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah sedang asyik semua fokus di dalam kelas tersebut, tiba-tiba salah seorang rakannya terlupa untuk menutup mikrofonnya ketika membeli aiskrim.
Lebih kelakar lagi kedengaran lagu aiskrim popular Mat Kool dan dia sempat bercakap “bye” kepada penjual aiskrim tersebut. Situasi itu membuatkan lecturernya tergelak dengan memberitahu “Adoi, kantoi habis”.
Malah, dia tidak menyedari situasi itu sehinggalah habis membeli aiskrim tersebut. Dia akhirnya mendapat tahu daripada rakan-rakannya yang menghantar mesej.
Lihat video penuh sambungan di bawah:
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: