Ada orang lebih suka makan nasi lemak biasa bersama telur goreng atau sambal paru. Tetapi, ramai peniaga kini sudah memvariasikan lauk-pauk untuk dimakan bersama nasi lemak.
Antaranya seperti sotong sumbat, rendang daging, sambal kerang dan macam-macam lagi. Baru-baru ini, tular pula sebuah video memaparkan pelanggan membeli nasi lemak berharga RM410 telah mengundang bualan netizen.
Menerusi video yang dikongsi oleh @juraidamamad2 di laman TikTok, kelihatan wanita yang dikenali sebagai Umi Nasi Lemak itu membungkus nasi lemak buat dua orang pelanggannya.
Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah keseluruhan jumlah harga nasi lemak pelanggan yang berasal dari Besut, Terengganu itu mencecah sehingga RM410.
Difahamkan, harga itu merupakan harga bagi tujuh bungkus nasi lemak serta lauk berasaskan seafood yang dipilih oleh pelanggan berkenaan.
Pelanggan tersebut membeli dua ekor nasi lemak lobster dan dua sotong bersaiz besar, tiga ekor udang, telur ikan, dua ketul ayam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: