Site icon Kool FM

[VIDEO] Pekerja Didakwa Dipukul Gara-Gara Pelanggan Tak Puas Hati Harga Nasi Campur RM13


Bagaimanapun, pekerja kedai berkenaan yang merupakan seorang warga asing didakwa telah memulangkan semula wang pelanggan itu. Namun, rasa marah pelanggan berkenaan tidak berakhir di situ.

Dia dilaporkan telah kembali semula ke premis sebelum didakwa menampar pekerja berkenaan di hadapan pelanggan lain.

“Saya lihat lelaki tu memang dah dapat balik duit, tapi dia tetap datang semula dan terus serang pekerja tu tanpa sebab munasabah,” kata salah seorang pelanggan.

Malah, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai insiden berkenaan telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan, dan Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri atau menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan pertikaian, sebaliknya menyalurkan aduan melalui saluran yang betul.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version