Malah, kedua-dua jenama ini juga telah memasuki pasaran di pelbagai negara termasuk Eropah. Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu kita berasa bangga betul tak?
Tular pula baru-baru ini sebuah video memaparkan dua pelajar Indonesia yang berada di Malaysia memiliki Proton Satria dan mendedahkan mengapa mereka memilih kenderaan tersebut berbanding kereta lain.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @alirangadogado, antara sebab mereka memilih Proton Satria adalah kerana harganya yang tidak terlalu mahal dan cukai jalan serta insurans juga tidak terlalu tinggi.
Menurut salah seorang daripada mereka, spare parts untuk Proton Satria juga mudah didapati di negara ini.
Selain itu, difahamkan juga model Proton Satria 1.3 (C96) dan Proton Satria 1.8 GTi (C99) itu tidak dipasarkan ke Indonesia.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
