Nyjah Huston telah memenangi pingat gangsa untuk Amerika Syarikat (AS) dalam acara Street lelaki papan selaju di Sukan Olimpik Paris 2024.
Namun, kekurangan kualiti pingat itu kemudiannya terserlah dengan warna gangsa yang terkopek daripada beberapa bahagian.
Selepas beberapa hari selepas ke Amerika, Huston menerusi Instagram Stories, dia berkongsi pandangannya mengenai kualiti pingat yang diraihnya pada sukan itu.
“Baiklah, jadi pingat Olimpik ini kelihatan hebat apabila ia serba baharu.
“Tetapi selepas membiarkannya melekat pada kulit saya dengan sedikit peluh dan membiarkan rakan saya memakainya pada hujung minggu,” katanya.
Dia kecundang di tangan pemenang pingat emas Yuto Horigome dari Jepun dan rakan senegara dari AS, Jagger Eaton pada aksi final tersebut.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: