Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

[VIDEO] Pempengaruh Cina Tanya 4 Mazhab Dalam Islam, Ramai Yang Tak Boleh Jawab

today27 December 2024

Background


Menerusi perkongsian di TikToknya @samlimmmm, kelihatan Sam Lim telah berada di sekitar ibu kota dan bertanyakan secara rawak kepada orang ramai untuk memberikan empat mazhab dalam Islam.

Malah, dia juga telah memberikan jawapan pertama pada awalnya untuk mereka memberikan tiga lagi mazhab yang lain.

Namun begitu, ramai yang tidak mampu menjawabnya, apatah lagi memberikan keempat-empat mazhab dalam Islam.

Walau bagaimanapun, Sam Lim dilihat memberikan hadiah berupa iPad kepada pasangan kekasih kerana berjaya menjawab soalan tersebut.

Sam Lim mendapat pujian ramai selepas melakukan video tersebut, tetapi ada yang berpendapat mungkin ada yang di antara mereka bukan tidak tahu jawapan, tetapi terkejut dan tidak bersedia.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post