Menerusi video tersebut, akaun @masjidbspofficial berkongsi pencerahan mengenai isu memakai baju salib.
Antara sering terjadi adalah mereka yang memakai jersey bola. Ia kerana simbol dan lambang negara mereka.
Malah, seperti yang kita tahu negara-negara barat ramai yang menganut agama Kristian dan sebagainya.
Dipetik daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, solat memakai baju yang jelas padanya simbol salib adalah HARAM dan WAJIB DIHILANGKAN LAMBANG SALIB tersebut sama ada dengan cara dikikis, dicampur dengan warna lain sehingga tidak kelihatan lambang salib tersebut.
Walaupun begitu, solatnya sah jika pakaian itu menutup aurat dalam mazhab kita. Ini dikenali sebagai ‘jihah munfakkah’ (جهة منفكة). Dalam bahasa yang lain, solat sah tetapi memakai baju itu haram hukumnya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: