Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berada di dalam kereta sambil berbual bersama teman lelakinya.
Dia kemudian menceritakan situasi yang dialaminya semasa dia sedang memandu. Dia memberitahu dapat merasakan tayar keretanya seperti tiada angin dan perlu dipam segera.
Namun, dia menceritakan kepada teman lelakinya yang dia telah pergi ke sebuah kedai kereta untuk pam tayar dan dikenakan cas RM30. Situasi itu membuatkan teman lelakinya terkejut mendengar dan memberikan reaksi luar jangkaannya.
Apa yang lebih menghiburkan adalah teman lelakinya seakan tidak percaya dan geram kerana teman wanitanya membayar cas hanya untuk mengisi angin.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: