
Siapa sangka, momen gembira sebuah keluarga bertukar menjadi tragedi berdarah dalam sekelip mata.Β
Tragedi berdarah
Sepasang suami isteri dilaporkan maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka remuk akibat dihempap sebuah treler di lebuh raya Buga-Buenaventura, Colombia baru-baru ini.
Kejadian yang berlaku pada 19 Disember lalu itu bermula apabila keluarga berkenaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas berhampiran perkampungan CΓ³rdoba.Β
Disebabkan kesesakan yang lama, anak sulung pasangan tersebut terpaksa turun daripada kenderaan untuk membuang air kecil di bahu jalan.
Menerusi rakaman video tular yang dirakam oleh si ibu, Lina Marcela Diaz, dia kedengaran sempat tergelak kecil melihat gelagat anaknya itu dari dalam kereta.Β
Namun, suasana ceria itu berakhir dengan jeritan ngeri apabila sebuah lori treler dari arah belakang gagal memberhentikan kenderaan lalu merempuh kereta mereka.
Rempuhan itu menyebabkan kereta yang dinaiki Lina dan suami, Diego Fernando Suarez tersepit diβ¦
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
![[VIDEO] Rakaman Terakhir Ibu Tergelak Lihat Anak Kencing Tepi Jalan Sebelum Maut Dirempuh Treler](https://assets.koolfm.audio/2025/12/IMG_6141-1170x658.jpeg)