Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

[VIDEO] Resipi Peria Goreng Ala Mamak, Rangup & Tak Pahit!

today15 December 2022

Background


Peria goreng memang sedap! Nampak macam biasa sahaja tetapi mempunyai nilai khasiat yang sangat luar biasa. Ia dikatakan mampu mengatasi masalah tekanan darah tinggi. Walau bagaimanapun, ramai yang kurang menggemari makanan ini kerana rasanya yang sangat pahit.

Satu perkongsian dimuat naik oleh pengguna Tiktok @CheDave VeganJourney mengenai resipi peria goreng ala mamak. Ikut artikel ini dengan lebih lanjut.

Nak tahu rahsia peria kedai mamak, ha tengok video ini. Ada ke tak suka peria, setahu saya kawan-kawan saya yang tak suka makan peria pun kalau dia pergi kedai mamak terus jadi suka pula kan. Sebab dia memang crispy dan sedap.

Bahan-bahan:

  1. Tepung beras
  2. Tepung kacang kuda
  3. Serbuk kunyit
  4. Serbuk cili
  5. Serbuk jintan putih.
  6. Garam

Okey cara dia sangat mudah kalau nak guna peria katak ataupun peria yang ini pun boleh buang biji dia.

Lepas itu, gaulkan dengan garam dan perapkan dia lebih kurang 30 minit. Lepas itu, squish keluarkan semua air daripada peria itu.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Ain


Previous post