Menerusi video yang dimuat naik oleh @nanee.._ yang dikenali sebagai CEO of makan pelik-pelik, kelihatan dia menyahut cabaran daripada komen seorang individu di videonya untuk memakan tanah.
Tanpa membuang masa, wanita itu pantas keluar ke halaman rumahnya dan mengambil salah satu pasu bunga di situ.
Apa yang membuatkan ramai naik hairan adalah apabila dia dengan selamba mencedok tanah di dalam pasu tersebut dan memakannya bersama air Pepsi.
Ternyata, itu bukanlah tanah sebenar dan video tersebut hanyalah prank semata-mata. Dia dikatakan memakan campuran biskut Oreo dan serbuk Milo.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
