[VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Culas Nafkah Anak’ – Pengantin Lelaki
Shahira
Bekas suami kepada wanita yang menyerbu majlis perkahwinannya untuk menyerahkan dokumen perundangan kini tampil menjelaskan situasi tersebut menerusi satu rakaman di TikTok.
Saya manusia biasa. Saya juga ada hati, perasaan, dan maruah. Selama ini saya memilih untuk diam demi menjaga keharmonian dan nama baik semua pihak. Namun apabila maruah saya dan keluarga dipijak, saya tidak boleh terus berdiam diri. Diam bukan bererti salah. Segala yang saya nyatakan hari ini bukan untuk membuka aib sesiapa, tetapi untuk menjelaskan fakta sebenar. Cukuplah fitnah dan tohmahan yang dilempar tanpa usul periksa. Saya hanya mahu kebenaran ditegakkan dan maruah keluarga saya dipulihkan. Saya percaya, kebenaran mungkin lambat, tetapi ia tidak akan hilang. Dan hari ini, saya berdiri dengan yakin bukan kerana ingin menang, tetapi kerana saya…