Site icon Kool FM

[VIDEO] Suami Nak Keluar Main Badminton, Tapi Cara Wanita Ini Izinkan Pula Curi Tumpuan


Menerusi video yang dikongsi oleh @amalina.kasim, kelihatan wanita itu berkongsi perbualan dia dan suaminya di WhatsApp.

Suaminya itu ingin keluar bermain badminton. Namun, dia perlu membuat sesuatu untuk mendapatkan izin daripada si isteri.

Dia dilihat sempat memasukkan RM50 ke dalam akaun bank isterinya sebagai tanda ‘lampu hijau’ untuk bermain badminton bersama kawan-kawan.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila si isteri pula memberikan ayat gurauan selepas mendapat duit. “Hati-hati b, bagus b sentiasa bersukan. Baik untuk kesihatan, esok badminton lagi tau,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version