Site icon Kool FM

[VIDEO] “Tak Takut Dosa” – Perompak Tabung Surau Siap Bawa Grinder Nak Mencuri


Menerusi video dari CCTV itu, kelihatan seorang lelaki yang memakai pelitup muka bertindak dengan melakukan pencurian tabung di sebuah surau. Difahamkan, kejadian berlaku di surau Taman Tasek Damai, Ipoh, Perak.

Apa yang lebih mengejutkan dia menggunakan mesin grinder supaya ia lebih mudah untuk mengambil duit dalam tabungan tersebut.

Selepas beberapa saat, dia kemudian berjaya memecahkannya dan mengambil beg untuk mengisi wang-wang berkenaan.

Bagaimanapun, dia dilihat tidak berpuas hati dan pergi ke tabung yang kedua sehingga menggoncangkannya. Namun, selepas itu dia terus beredar dari surau tersebut.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version