Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda yang dikenali sebagai Amamijan telah menerima satu komen daripada netizen yang memberitahunya harga beg yang dijual sangat mahal dan melabelkannya seperti ‘harga yahudi’.
Difahamkan pemuda itu sangat minat dalam menghasilkan pelbagai jenis lukisan sehinggakan dia menerima banyak tempahan untuk membuat custom made.
Baru-baru ini dia telah membuat satu live di TikTok dan mendapat komen mengapa dia menjual beg yang dilukisnya begitu mahal sekali. Dia kemudian menjelaskan berapa lama masa yang perlu diambil untuk menghasilkannya dan perlu mempunyai kreativiti dalam melakukannya.
Dia menunjukkan antara peralatan seperti berus dan cat berkualiti yang perlu ada untuk melukisnya. Malah, dia juga menggunakan kuantiti cat yang banyak untuk melukis pada beg itu.
Lihat postingnya itu di bawah:
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: