Menerusi video di akaun TikTok @driving4dummies, kelihatan seorang lelaki ketika itu sedang menunggang motosikal di sebuah kawasan sebelum dia melihat ada lubang di atas jalan raya.
Dia kemudian memberhentikan motosikalnya di tepi jalan untuk melihat lubang tersebut dan dia begitu terkejut apabila mendapati ia adalah lubang yang sangat dalam.
“Ada pothole yang sangat dalam, dah macam sarang. Ini memang bahaya lagi-lagi kalau hujan lebat,” katanya.
Namun, ketika dia sedang memeriksa lubang berkenaan, datang seorang polis trafik dan lelaki itu terus memanggilnya untuk melaporkan perkara tersebut. Lubang itu akhirnya ditutupi buat sementara waktu menggunakan kon agar pengguna jalan raya lain tidak melanggarnya.
Lelaki itu juga berkongsi ada membuat aduan di aplikasi My Jalan KKR untuk melaporkan tentang pothole tersebut.
Sementara itu, netizen juga memuji tindakan pantasnya yang dapat menyelamatkan ramai pengguna jalan raya di situ.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: