Menerusi sebuah video di Facebook miliknya, ia memaparkan bekas pimimpin negara berkenaan sedang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Audi Q5 di Litar Antarabangsa Sepang.
Pada awalnya, Tun Mahathir dilihat hanya duduk di bahagian penumpang hadapan dengan dibawa mengelilingi litar tersebut oleh Pengerusi SIC, Tan Sri Mohamed Azman Yahya.
Tun Mahathir juga dibawa untuk melihat fasiliti di litar tersebut sebelum kemudiannya dilihat memandu sendiri kenderaan itu.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah Tun Mahathir dengan ‘selamba’ memandu kenderaan tersebut sehingga mencecah lebih 150 kilometer sejam.
Dalam sesi temu ramah berkenaan, Tun Mahathir telah berkongsi tentang sejarah pembinaan litar tersebut yang telah dilaksanakan pada tahun 1998.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
