Menerusi video daripada @smolpal, kelihatan seorang wanita berkongsi sebuah kedai runcit yang menjual pelbagai barangan makanan yang diimport dari Malaysia.
Difahamkan, dia kini adalah rakyat Amerika Syarikat dari Malaysia yang menetap di sana bersama keluarganya. Di dalam video itu, dia menepis dakwaan kononnya susah untuk mencari makanan Malaysia di sana dan hanya makan makanan Amerika.
Dia memberitahu kawasan tempat tinggalnya mempunyai saiz komuniti Asia Tenggara yang besar dan sekali gus mudah untuk mereka mendapatkan makanan tempatan.
Malah, dia juga meluahkan rasa bertuah kerana masih boleh menikmati makanan Malaysia walaupun tinggal di luar negara.
Bukan itu sahaja, dia juga berkongsi hidangan yang dimasaknya seperti sambal sotong.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: