Menurut laporan BERNAMA, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Hadapan Malayan Masion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur dan dilaporkan kepada bomba kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Setakat ini, operasi menyelamat masih dijalankan dan pasukan penyelamat menggunakan mesin jengkaut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha mencari mangsa.
Komander operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohamad Riduan Akhyar berkata pasukan operasi dikerahkan dari balai bomba Titiwangsa serta bantuan dari balai bomba Hang Tuah dengan kekuatan 15 orang anggota sebagai pemberi bantuan awal.
“Unit Storm (Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia) dan Unit Pengesan (K9) berada di lokasi kejadian. Maklumat selanjutnya akan dikemas kini dari masa ke semasa,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: