Difahamkan, kejadian berlaku di Sungai Petani, Kedah. Namun, wanita berusia 83 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menerusi laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku pada jam 10.03 pagi membabitkan sebuah kereta dan skuter di kawasan parkir sebuah pasar mini.
Menurut beliau, ketika itu wanita warga emas berkenaan yang memandu Perodua Myvi baru selesai mengisi petrol di stesen minyak terbabit, manakala skuter pula ditinggalkan tanpa penunggang.
“Hasil siasatan awal mendapati sebaik warga emas itu hendak memulakan perjalanan, dia tertekan pedal minyak secara tidak sengaja sehingga terlanggar bahagian belakang skuter yang diletakkan di kawasan parkir.
“Berikutan itu, kereta dan skuter terus meluncur ke hadapan dan memecahkan dinding cermin pasar mini berkenaan, namun pemandu kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Tambahnya, kemalangan terbabit telah dikesan tular di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: