Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Vidi Aldiano Meninggal Dunia Akibat Kanser

today7 March 2026

Background
Vidi Aldiano Meninggal Dunia Akibat Kanser


Selepas enam tahun berjuang melawan kanser, penyanyi terkenal Indonesia, Vidi Aldiano, 35, dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: ‘Ini Tip Paling Sedih’ – Kisah Pemandu E-Hailing Raih Perhatian, Ayah Penumpang Meninggal Dunia 3 Minit Sebelum Tiba Hospital

Al-Fatihah

Berita duka itu dimaklumkan oleh rakan seindustri, komposer dan pemuzik Andi Rianto menerusi satu hantaran di platform X.

Perkhabaran tersebut turut dilaporkan oleh beberapa media tempatan Indonesia mengenai pemergian penyanyi berkenaan.

Sementara itu, keluarga Allahyarham dalam satu kiriman mesej kepada pihak media memaklumkan Vidi menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.33 petang Sabtu waktu tempatan.

Arwah memulakan karier seni seawal tahun 2008 sehingga 2026 dan antara karya yang menjadi siulan adalah Pelangi Di Malam Hari, Nuansa Bening serta banyak lagi.

Sumber: Insertlive



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shah Zulk


Previous post