Site icon Kool FM

Vietnam Berpesta Mara Ke Separuh Akhir Piala Asia B-23 2026

Vietnam


Vietnam berpesta meraikan kejayaan mara ke separuh akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2026 selepas menundukkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 3-2 pada aksi yang berlangsung di Prince Abdullah Al-Faisal Sports City Stadium semalam.

Kejayaan itu semakin hampir buat skuad kendalian Kim Sang Sik tersebut untuk menyamai pencapaian mara ke pentas final pada edisi 2018.

Vietnam Cemerlang Ke Separuh Akhir

Aksi menarik ditampilkan kedua-dua pasukan sejak wisel permulaan ditiup pengadil perlawanan dimana skuad Naga Emas terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Nguyen Le Phat pada minit ke-39.

Le Phat mudah menolak masuk bola selepas menerima hantaran lintang Nguyen Dinh Bac yang lincah melepasi kawalan pertahanan UAE untuk jaringan pendahuluan buat Vietnam.

Kelebihan itu bagaimanapun hanya mampu bertahan selama tiga minit setelah Junior Ndiaya menanduk masuk bola selepas tandukan awal Ali Almemari terkena tiang gol.

Memasuki minit ke-62, Dinh Bac…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version