Vietnam muncul juara Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 selepas menundukkan Thailand 3-2 dalam aksi final kedua yang berlangsung di Stadium Rajamangala, sebentar tadi.
Kemenangan menerusi agregat 5-3 itu merupakan kejuaraan ketiga diraih oleh Vietnam yang sekali gus meranapkan impian Thailand untuk muncul juara buat kali kelapan dan ketiga berturut-turut.
Baca Juga:
Pham Tuan Hai membuatkan penyokong tuan rumah terdiam seawal minit kelapan selepas kuisannya setelah menerima hantaran sepakan percuma Pham Xuan Manh berjaya menewaskan penjaga gol, Patiwan Khammai.
Jaringan itu jelas meningkatkan moral anak buah Kim Sang Sik untuk mengawal permainan buat seketika.
Namun, selepas itu barisan pemain Thailand memperkemaskan aksi untuk mendominasi serta mencipta beberapa peluang bagi merobek gawang Vietnam.
Usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-28 selepas percubaan ‘placing’ Ben Davies daripada kawasan luar penalti tidak mampu diselamatkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: