Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Vietnam terus cemerlang dalam kempen Piala Asia Futsal 2022 apabila menundukkan Arab Saudi 3-1 pada aksi kedua kumpulan D yang berlangsung di Dewan Saad Al Abdullah, Kuwait sebentar tadi.
Artikel Berkaitan:
Kemenangan kedua yang diraih meletakkan wakil Asia Tenggara itu di tangga teratas dengan enam mata, berkelebihan tiga mata meninggalkan Jepun dan Arab Saudi.
Ini bermakna dua slot ke suku akhir hanya akan diketahui pada perlawanan terakhir Ahad ini dimana Vietnam berdepan tugas sukar bertemu Jepun. Sementara itu, Arab Saudi pula akan menentang pasukan tangga terbawah, Korea Selatan.
Aksi Vietnam dan Arab Saudi bukan sahaja untuk mencari pendahulu kumpulan D, malah ia merupakan pertembungan hebat melibatkan dua jurulatih berkelas dunia.
Pengendali Vietnam, Diego Raul Giustozzi merupakan jurulatih yang bertanggungjawab membawa Argentina muncul juara Piala Dunia Futsal 2016. Manakala Andreu Plaza pula bergelar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: