PETALING JAYA – Firma ekuiti swasta, Crewstone International dan penyedia perkhidmatan hartanah, Vince Group baru-baru ini meraikan kejayaan mengumpul pelaburan berjumlah RM35 juta dalam tempoh kurang dua minggu yang bakal dilaburkan dalam industri hartanah tempatan.
Vince Group Vision Fund L.P. telah didaftarkan secara rasmi dalam tempoh hanya sebulan selepas perjanjian perkongsian ditandatangani kedua-dua syarikat pada 19 Mac 2025.
Pendaftaran pantas dengan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan itu menunjukkan kecekapan dan profesionalisme kerjasama, meletakkan dana tersebut untuk penggunaan dan pertumbuhan pantas.
Dengan rangkaian Crewstone, pergerakan pelaburan yang agresif dan bimbingan pakar, pasukan tersebut telah berjaya memperoleh RM35 juta daripada pelabur dalam masa kurang daripada dua minggu selepas pendaftaran dana.
Kedua-dua syarikat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan secara bersama berkata, pencapaian luar biasa itu menyerlahkan selera pasaran dan keyakinan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: