
Sebelum mengumumkan persaraan pada 17 Ogos 2020, Vincent Kompany telah menikmati 621 penampilan di peringkat senior sejak 2023.
Pencapaian terbaiknya sudah pasti ketika bersama Manchester City yang menyaksikan bekas pertahanan kental itu menjulang trofi English Premier League (EPL) sebanyak empat kali.
Manakala, pencapaian terbaiknya sepanjang menyarung jersi skuad kebangsaan Belgium meraih tempat ketiga dalam Piala Dunia 2018.
Beliau yang kini bertindak selaku pengurus Bayern Munich telah diajukan soalan oleh penyokong dalam kalangan peminat cilik kelab tersebut dalam satu sesi khas ‘Sidang Media Kanak-Kanak’.
Pemain Paling Sukar Dihadapi Kompany
Salah satu soalan yang diajukan kepada Kompany adalah mengenai pemain paling sukar yang pernah dihadapinya sepanjang kariernya.
Walaupun memberikan pujian istimewa kepada Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, Kompany sebenarnya tidak melihat kedua-dua ikon bola sepak itu sebagai pemain yang begitu sukar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: