
Ketua jurulatih Brazil, Carlo Ancelotti, menyifatkan Vinicius Junior sebagai “salah seorang pemain terbaik di dunia” selepas penyerang Real Madrid itu terus mempamerkan prestasi cemerlang di Piala Dunia 2026.
Vinicius menjaringkan dua gol ketika Brazil menewaskan Scotland 3-0 dalam aksi terakhir Kumpulan C, sekali gus memastikan Selecao mara ke pusingan 32 terbaik sebagai juara kumpulan.
Pemain berusia 25 tahun itu kini telah meledak empat gol dalam tiga perlawanan setakat kejohanan ini, menjadikannya antara calon utama untuk merebut Kasut Emas.
“Saya langsung tidak ragu-ragu tentang bagaimana dia akan tampil di Piala Dunia ini.
“Bagi dirinya, ia adalah satu penghormatan untuk bermain bersama pasukan kebangsaan. Dia bermain dengan baik dan dia juga menjaringkan gol menerusi tandukan, sesuatu yang sangat jarang berlaku untuk dirinya.
“Saya tahu sepenuhnya apa yang mampu dilakukan Vini. Dia adalah salah seorang pemain terbaik di dunia,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: