
Bintang Brazil, Vinicius Junior akhirnya bersuara selepas pasukannya tersingkir daripada Piala Dunia susulan kekalahan di tangan Norway.
Ketika perlawanan masih terikat 0-0, penyerang Real Madrid itu memilih untuk tidak mengambil sepakan penalti penting dan membiarkan Bruno Guimaraes melakukannya.
Keputusan itu jelas mencetuskan perdebatan hangat selepas Guimaraes gagal menyempurnakan sepakan penalti berkenaan apabila sepakannya diselamatkan penjaga gol Norway, Orjan Nyland.
Keadaan yang sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan perlawanan dimana akhirnya menyebabkan Brazil mengalami kekalahan 1-2.
Vinicius Dedah Sebab Tak Ambil Penalti
Mengulas mengenai kesan daripada keputusan tersebut, Vinicius Junior menjelaskan bahawa pemilihan siapa yang mengambil sepakan penalti bukanlah keputusannya sendiri.
Beliau menegaskan bahawa dirinya tidak pernah mengelak daripada tekanan atau tanggungjawab, namun merasakan adalah penting untuk menghormati hierarki…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
