
Vinicius Jr masih belum melanjutkan kontrak baharu di Real Madrid. Sebelum ini pemain itu kecewa kerana Real Madrid dilapoorkan sedia melepaskannya pada akhir musim ini.
Ini selepas Real Madrid berkeras tidak mahu menuruti permintaan Vinicius Jr yang mahukan gaji setara Mbappe sekitar €31 juta semusim di Real Madrid.
Tawaran Real Madrid sebelum ini jauh lebih rendah. Kelab menegaskan bahawa mereka tidak akan tunduk dengan permintaan Vinicius.
Kini Real Madrid dilaporkan sedia menaikkan lagi tawaran gaji baharu untuk Vinicius Jr kepada €20 juta semusim. Menurut laporan The Athletic tawaran itu lebih besar daripada gaji semasa Vinicius Jr di Madrid.
Namun pemain Brazil itu dilaporkan tidak mahu menerimanya pada masa ini. Salah satu sebabnya adalah hubungan dingin pemain itu dengan Xabi Alonso.
Vinicius hanya sedia untuk melanjutkan kontrak tanpa banyak songeh jika Real Madrid menawarkan dia gaji paling tinggi dalam sejarah kelab, ataupun kontrak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: