Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Viral Mainan Lato-Lato Buat Anak Ketagih, Rupanya Bahaya & Pastikan Anak Main Dengan Betul

today27 January 2023

Background


Terbaharu, permainan yang dipanggil lato-lato mula menarik perhatian kanak-kanak. Lato-lato mempunyai dua pemberat dan diikat dengan tali. Cara bermainnya melibatkan pemain menghayun kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain, di bawah dan di atas tangan. Lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat.

Walau bagaimanapun, permainan lato-lato ini sebenarnya mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak kerana boleh mencederakan bahagian mata, gigi atau hidung seperti perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebooknya.

Baca juga: 10 Perkara Ibu Ayah Kena Buat Kalau Anak Guna Botol Susu, Elak Anak Kena Cirit-Birit

MAINAN LATO-LATO BUAT ANAK KETAGIH, RUPANYA BAHAYA

LATO-LATO

Menurut beliau, terdapat satu kes kecederaan yang datang ke kliniknya untuk mendapatkan rawatan akibat cedera bermain lato-lato. Kanak-kanak tersebut lebam dan bengkak di bahagian batang hidungnya.

“Sebab minggu ni dah ada satu kes datang ke klinik saya sebab kecederaan akibat main lato-lato….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Haidatina Aznam


Previous post