Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon jaminan RM100,000 hingga RM200,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
“Pendakwaan juga mohon syarat tambahan supaya pasangan ini menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah, melapor diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi pendakwaan,” katanya.
Walau bagaimanapun, peguam yang mewakili suami isteri terbabit iaitu Ashok Athimulan memohon jaminan munasabah berikutan kedua-dua anak guam menetap di Kuala Lumpur.
“Kami memohon jaminan rendah juga memandangkan semua aset mereka sudah dibekukan dan kini bergantung kewangan daripada rakan dan ahli keluarga untuk membayar wang jaminan,” katanya.
Mendengar hujah kedua-dua pihak, Rosli membenarkan Vivy dan Fadzaruddin masing-masing dijamin RM100,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 22 Januari depan.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
