Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Vokalis Kumpulan The Strokes Beri Bayangan Bakal Buat Persembahan Di Malaysia

today23 July 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Vokalis utama The Strokes memberi bayangan bahawa kumpulan itu bakal membuat kemunculan di Malaysia setelah gagal berbuat demikian selepas acara Good Vibes dibatalkan.

Kumpulan dari Amerika itu dijadualkan membuat persembahan di Malaysia pada hari ini di acara Good Vibes. Bagaimanapun ia gagal berjalan seperti yang dirancang setelah kontroversi yang melanda acara tersebut.

Bercakap di laman media sosialnya, Julian Casablancas dalam kenyataannya memberitahu peminat Malaysia bahawa kumpulan itu sedang mengusahakan sesuatu bagi menjayakan konsert mereka di Malaysia.

“Malaysia, [saya] baru tahu festival dibatalkan. Saya tahu anda telah menunggu 20 tahun untuk The Strokes membuat persembahan.

“[Kami] sedang cuba memikirkan sesuatu … tunggu… kami akan memberitahu anda tidak lama lagi,” katanya di laman Instagram miliknya.

The Strokes sepatutnya melakukan penampilan mereka di Malaysia pada hari ini di acara Good Vibes, tapi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post

Hiburan Semasa

The 1975 batal konsert di Jakarta dan Taipei

Kuala Lumpur: The 1975 membatalkan konsert mereka di Indonesia dan Taiwan selepas disenarai hitam oleh kerajaan Malaysia berikutan aksi kurang ajar dan biadap penyanyinya, Matty Healy ketika membuat persembahan di Good Vibes Festival (GVF) 2023 di Litar Antarabangsa Sepang, malam kelmarin. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today23 July 2023