PETALING JAYA – Volvo Car Malaysia melancarkan model kenderaan elektrik (EV) XC40 Recharge Pure Electric untuk pasaran Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump, pelancaran model itu merupakan sebahagian usaha global Volvo untuk menjadi syarikat pengeluar EV sepenuhnya menjelang tahun 2030.
Katanya, bermula tahun 2022 Volvo Car Malaysia menyasarkan untuk melancarkan satu model EV baharu pada setiap tahun.
“Volvo XC40 Recharge Pure Electric merupakan kenderaan EV pertama Volvo di Malaysia dan model EV pertama dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Volvo Malaysia.
“Volvo Car Malaysia juga akan mengeksport EV ke pasaran negara-negara ASEAN tidak lama lagi,” katanya ketika majlis pelancaran model berkenaan di The Brick House, MAHSA di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Frump berkata, model itu menggunakan platform kenderaan utiliti sports (SUV) premium kecil Volvo dengan menggunakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
