
PETALING JAYA – Platform teknologi kewangan (fintech) Islam global, Wahed melancarkan platform pelaburan hartanah pecahan (fractional real estate) pertama di Malaysia.
Ia bertujuan untuk membuka peluang pelaburan kepada pelabur runcit memiliki pegangan dalam hartanah premium dengan modal permulaan serendah RM500.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, platform yang dibangunkan di bawah Regulatory Sandbox Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) itu akan membolehkan pelabur memperoleh pulangan menerusi pendapatan sewaan secara suku tahunan dan potensi pertumbuhan modal daripada kenaikan nilai hartanah.
Inisiatif tersebut adalah untuk memperluaskan akses pemilikan aset dalam kalangan rakyat tanpa memerlukan pinjaman bank atau bayaran pendahuluan yang tinggi, di samping mengekalkan prinsip pelaburan patuh syariah.
“Platform ini dibangunkan bagi membolehkan lebih ramai individu menyertai pasaran hartanah melalui pemilikan pecahan aset yang lebih mudah diakses, telus dan bebas daripada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: