Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Wajarkah Sapura Energy diselamatkan? – Kosmo Digital

today25 March 2022

Background


PETALING JAYA – Petronas harus menyelamatkan Sapura Energy Berhad (Sapura) hanya selepas usaha wajar (due diligence) dilakukan dan pengambilalihan tersebut didapati bakal memberikan nilai tambah positif bersih kepada Petronas, menurut Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.

Jika ia tidak dilakukan, beliau berkata, Petronas tidak wajar ­menyelamatkan Sapura kerana pengurusan Petronas mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap syarikat untuk bertindak demi kepentingan syarikat dan bertindak dengan bona fide (hati suci).

“Ini juga merupakan amalan tadbir urus yang baik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ahmed Razman mengulas pandangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mencadangkan Petronas mengambil alih Sapura bagi menyelamatkan pelaburan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dalam syarikat tersebut yang dianggarkan sekitar RM4 bilion hingga RM5 bilion.

Berhubung pegangan PNB dan Kumpulan Wang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post