Kalau di Malaysia, IKEA sudah menjadi tempat wajib untuk kita memburu makanan berbanding membeli perabot. Hal ini kerana mungkin penawaran portion makanan yang besar dengan harga yang berbaloi.
Menerusi Threads, seorang wanita berasal dari Sweden meluahkan rasa terkejut dengan fenomena warga tempatan yang memenuhi medan selera gedung IKEA.

Difahamkan dia sudah dua bulan tidak dikelilingi oleh makanan dari negara asalnya. Perkara ini tidak menjadi masalah buatnya namun selepas melihat logo IKEA telah menarik perhatian untuk merasai makanan tradisi negara asalnya.
Namun, alangkah terkejut buat dirinya apabila melihat lautan manusia memenuhi ruangan makan di IKEA yang dikunjungi baru-baru ini.
“Mari saya beritahu kamu yang diri ini sangat terkejut. Tidak pernah dalam sepanjang hidup saya melihat orang seramai ini menikmati makanan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
