Pada hari Tahun Baharu Cina baru-baru ini, ia merupakan tarikh di mana bisnes Kicap Hup Teck yang sudah lebih 100 tahun beroperasi berakhir.
Pemilik bisnes, Low Bak Tong merupakan generasi kedua yang meneruskan legasi perniagaan itu selepas bapanya, Low Kong meninggal dunia pada tahun 1983.
Menerusi satu temu bual bersama BFM Radio, beliau yang berusia 72 tahun itu langsung tidak berasa menyesal untuk menutup bisnes yang sudah kukuh sejak satu abad lalu.
Tak menyesal tutup bisnes kicap Hup Teck

“Saya tak rasa macam itu. Mungkin saya ini orang tua yang degil. Mungkin orang lain rasa sayang, tapi bukan saya.
“Bila saya lepaskan sesuatu, saya lepaskan sepenuhnya. Saya tak akan menyesal,” jawab Low apabila ditanya sama ada dia tidak berasa rugi membuat keputusan menutup bisnes.
Tambahnya lagi, beliau langsung tidak fikirkan mengenai pewaris perniagaan. Ini kerana bisnes itu dibuat sesama ahli keluarga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: